Tujuh Ditahan Lebih 100 Kilogram Kabel Ditemui Semula
KULIM,
9 Feb - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual
kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di
sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini
hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun
itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis
berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau berkata berkata sindiket
berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).
"Dalam
serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah
diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan
semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada
pemberita. Beliau berkata serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan
sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil
Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu.
"Suspek
lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati
mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa
pihak polis ke premis ini," katanya. Menurut Mohd Nashir, semua suspek
direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - BERNAMA