Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Ditahan Lebih 100 Kilogram Kabel Ditemui Semula

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu,' k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-ditahan-lebih-100-kilogram-kabel-ditemui-semula
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:40 MYT

KULIM, 9 Feb - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 t
ahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau berkata berkata sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita. Beliau berkata serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu.

"Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya. Menurut Mohd Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM