Article
Trend Terkini Guna Wanita Edar Seludup Dadah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semalam telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam satu operasi yang dilancarkan di Bandar Kinrara...
7 Disember, Bukit Aman -
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semalam telah berjaya
menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam satu operasi yang
dilancarkan di Bandar Kinrara, Puchong Selangor dengan tertangkapnya (4)
lelaki Nigeria dan (1) perempuan melayu yang berumur 21 hingga 34
tahun. Hasil daripada tangkapan ini, pihak JSJN berjaya merampas 1.76kg
dadah jenis kokain yang bernilai RM500,000 yang ditemui tersorok dalam
ruangan khas dalam sebuah beg yang telah diubahsuai.
Seperti yang diucapkan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan beliau pada pagi ini, sejak pertengahan tahun ini hingga sekarang, pihak JSJN telah mendapati satu trend baru yang digunakan oleh sindiket pengedaran/penyeludupan di negara ini iaitu penggunaan wanita dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah semakin meningkat. Ini terbukti dengan tertangkapnya (2) wanita di Ulu Bernam, Selangor atas kesalahan mengedar dadah pada awal bulan Oktober tahun ini, dan tangkapan (2) wanita di Pulau Pinang atas kesalahan memproses dadah.
"dalam beberapa insiden sebelum ini, kita telah mengesan peningkatan wanita dalam aktiviti pengedaran dadah, ini adalah satu trend yang agak bahaya yang sedang dipantau oleh pihak polis" ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sebagai jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Peningkatan wanita dalam kegiatan pengedaran dadah adalah dipercayai dengan bertambahnya sindiket pengedaran/penyeludupan yang mula menggunakan khidmat agen untuk merekrut wanita tempatan sebagai kurier bagi sindiket ini dengan menjanjikan habuan yang lumayan.

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman semasa berucap di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menunjukkan bagaimana dadah yang disorok dalam beg yang telah diubahsuai.

Antara wakil media yang hadir.
Wartawan & Jurufoto : Konst Raymond