Langkawi, Kedah - 6 Disember 2011. 'Selamat
Datang' ucap YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara kepada Ketua-ketua Polis Asean serta Tetamu Kehormat dan
Pegawai-pegawai Kanan Polis Asean di Majlis Makan Malam sempena Pameran
Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) Ke-11.
Majlis
Makan Malam di adakan di Westin Langkawi Resort & Spa ini di
anjurkan khas oleh YDH Ketua Polis Negara untuk tetamunya dari Negara
Asean.
Antara yang hadir ialah Y.Bhg Commissioner of Police Dato'
Paduka Haji Hasrin bin Dato' Paduka Haji Sabtu, Royal Brunei Police,
Y.Bhg Police Colonel Sisavath Keomalavong, Chief of Laos Police Force,
Y.Bhg General Commissariat Chan Kimseng, Director of Central Department
of Public Order, Ministry of Interior, Combodia, Y.Bhg. Major General
Nguyen Van Ba, Deputy Gen. Director of the General Police Department on
Crime Prevention and Suppression, Ministry of Public Security of
Vietnam, Y.Bhg Deputy Assist. Comm. Sam Tee Chong Fui, Singapore Police
Coast Guard dan Y.Bhg Mr. David Foom, Director of Air Craft Sale Hawker
Pasific of Malaysia.
Turut hadir, YDH CP Dato' Salleh bin Mat
Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin
Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH DCP Dato' Ahmad bin Ibrahim,
Ketua Polis Kedah serta Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.
Sebagai
tuan rumah, YDH Ketua Polis Negara berharap LIMA 2011 akan dapat
memberi peluang kepada tetamunya bertemu rakan-rakan sejawat dan
bertukar idea mengenai perkara-perkara berkenaan penguatkuasaan
undang-undang, membanteras jenayah dan menjaga keselamatan di rantau
ini.
'Usaha bersepadu kita yang berterusan dengan mengambil
beberapa pendekatan dan kaedah, telah berjaya mengawal jenayah yang
merentasi sempadan ini dan mengukuhkan hubungan persahabatan yang telah
sekian lama terjalin di antara kita' akhiri ucapan oleh YDH IG Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menunggu ketibaan tetamunya dari Negara Asean...
Ketibaan tetamu...






Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, isteri Ketua Polis Negara juga turut menyambut rakan-rakan dari Negara Asean

Ucapan aluan YDH Ketua Polis Negara
Antara yang hadir Jamuan Makan Malam Ketua Polis Negara 







Penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Dato' Paduka Haji Hasrin bin Dato' Paduka Haji Sabtu

YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Dato' Paduka Haji Hasrin bin Dato' Paduka Haji Sabtu

Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri menyampaikan cenderahati kepada
Y.Bhg Datin Kamariah binti Okip Shari, isteri CP Dato' Paduka Haji
Hasrin

Y.Bhg Datin Kamariah binti Okip Shari menyampaikan cenderahti kepada Y.Bhg Puan Sri
Penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara





YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Mr. David Foom

Menerima cenderahati daripada Mr. David Foom, Director of Air Craft Sale Hawker Pasific of Malaysia.
'Show Time' ... menunjukkan bakat sambil menghiburkan tetamu






YDH Ketua Polis Negara mendendangkan lagu 'Haryati' untuk tetamunya...
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan, L/Kpl Mohd Shareel Shahriman & L/Kpl Fansus Jangor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Selamat Datang Ke Lima 2011
'Usaha bersepadu kita yang berterusan dengan mengambil beberapa pendekatan dan kaedah, telah berjaya mengawal jenayah yang merentasi sempadan ini dan mengukuhkan hubungan persahabatan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selamat-datang-ke-lima-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.