Cheras, 24 Mac - 'PERKEP dan PDRM sentiasa
seiring dan saling memerlukan' itu antara kandungan ucapan Pengerusi
Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Puan Sri Datin Sri Imran bt
Ibrahim di Majlis Perasmian Mesyuarat Kali Ke-42 di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pagi tadi.
Program
transformasi kerajaan sebenarnya telah memberi idea kepada PERKEP
Malaysia agar aktif serta berani melakukan perubahan dan secara tidak
langsung minda dan pemikiran akan terdorong untuk menzahirkan idea yang
bernas untuk kebaikan persatuan.
Menurut
beliau, PERKEP Malaysia telah merangka beberapa program dalam usaha
mendekatkan ahli persatuan dengan masyarakat seperti mendekati golongan
kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim.
Selain
itu, PERKEP Malaysia kini giat berkolaborasi dengan beberapa persatuan
lain seperti Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT), Persatuan
Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Badan
Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), Persatuan Wanita Kastam
(PEWAKAS) serta persatuan-persatuan lain dengan melibatkan semua
lapisan ahli PERKEP untuk menyertai jaringan interaksi tersebut bagi
melahirkan warga PERKEP yang kompeten dan komited setanding dengan
persatuan lain.
Selain
itu, ahli PERKEP perlu bersikap positif dan sentiasa bersedia untuk
menerima idea-idea baru demi kebaikan bersama kerana pemikiran yang
kreatif mampu melahirkan sesuatu yang inovatif dan persatuan akan
dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang sentiasa menjana pemikiran baru
serta bijak mengatur langkah menghadapi era globalisasi.
Turut
hadir Tan Sri Dato' Sri Khalid b. Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Datuk
Seri Mohd Bakri b. Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datin Seri
Rohayah binti Dato' Seri Panglima Haji Mohd Yassin, Naib Pengerusi
PERKEP Malaysia,Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri dan
ahli PERKEP.
GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
SESI BERGAMBAR
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Program transformasi kerajaan sebenarnya telah memberi idea kepada PERKEP Malaysia agar aktif serta berani melakukan perubahan dan secara tidak langsung minda dan pemikiran akan terdorong untuk menzah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/transformasi-perkep-perkasakan-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.