Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac – Sempena Hari Polis Ke-207 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) telah menganjurkan Seminar Perdana PDRM di Maktab Cheras, Kuala Lumpur,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seminar-perdana-tingkat-pengetahuan-pegawai-kanan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:21 MYT

Oleh : KPL Edwind Indo

SEMINAR PERDANA TINGKAT PENGETAHUAN PEGAWAI KANAN PDRM

Kuala Lumpur, 26 Mac – Sempena Hari Polis Ke-207 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) telah menganjurkan Seminar Perdana PDRM di Maktab Cheras, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Aturcara program dimuatkan dengan beberapa siri syarahan iaitu 'National Security VS Civil Liberties : Preventive Laws, A Journey To PoCA' oleh YDH SAC Dato' Razali Bin Basri, Ketua Bahagian Perundangan PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), 'Constitution And The Role Of PDRM' oleh Y.Bhg Prof Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan 'Keselamatan Dan Wawasan 2020' oleh Y.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Melalui pembentangan dan perbincangan ini dilihat dapat membantu meningkatkan pengetahuan warga PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka disamping mengukuhkan lagi pengetahuan tentang undang-undang dan kefahaman terhadap isu keselamatan negara.

Dalam majlis yang sama, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara turut menyempurnakan Majlis Pelancaran buku bertajuk 'A Commentary On Criminal Law And Evidence'.

Buku hasil tulisan Y.Bhg Dr. Haji Mohamad Ismail bin Haji Mohamad Yunus menghuraikan tentang isu undang-undang berkaitan jenayah di malaysia.

Pengunaan bahasa yang mudah difahami dan berlandaskan prinsip-prinsip islam sesuai dijadikan sumber rujukan dan garis panduan bagi pihak-pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab dengan lebih efektif.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Y.Bhg Prof Madya Dr. Mohd Yusof bin Abdullah, Penyelaras Program Master Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Universiti Kebangsaan Malaya, YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab PDRM, dan Pegawai Kanan Polis.

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Sekitar sesi pendaftaran peserta

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Turut dibuka penjualan buku undang-undang

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Ketibaan YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Ketibaan Pegawai Kanan Polis

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab PDRM

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Antara yang hadir

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Majlis Pelancaran buku bertajuk 'A Commentary On Criminal Law And Evidence' oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
YDH SAC Dato' Razali Bin Basri, Ketua Bahagian Perundangan PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) dengan tajuk syarahan 'National Security VS Civil Liberties : Preventive Laws, A Journey To PoCA'

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Y.Bhg Prof Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dengan syarahan 'Constitution And The Role Of PDRM'


Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Ketibaan Y.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Y.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia menandatangani buku pelawat

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Y.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia dengan syarahan 'Keselamatan Dan Wawasan 2020'

Seminar Perdana Tingkat Pengetahuan Pegawai Kanan Pdrm
Bergambar kenangan
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM