Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Transformasi Perkep Perkasakan Wanita

Published: 12 Jun 2014 9.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program transformasi kerajaan sebenarnya telah memberi idea kepada PERKEP Malaysia agar aktif serta berani melakukan perubahan dan secara tidak langsung minda dan pemikiran akan terdorong untuk menzah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/transformasi-perkep-perkasakan-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:28 MYT

Cheras, 24 Mac - 'PERKEP dan PDRM sentiasa seiring dan saling memerlukan' itu antara kandungan ucapan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Puan Sri Datin Sri Imran bt Ibrahim di Majlis Perasmian Mesyuarat Kali Ke-42 di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pagi tadi.

Program transformasi kerajaan sebenarnya telah memberi idea kepada PERKEP Malaysia agar aktif serta berani melakukan perubahan dan secara tidak langsung minda dan pemikiran akan terdorong untuk menzahirkan idea yang bernas untuk kebaikan persatuan.

Menurut beliau, PERKEP Malaysia telah merangka beberapa program dalam usaha mendekatkan ahli persatuan dengan masyarakat seperti mendekati golongan kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim.

Selain itu, PERKEP Malaysia kini giat berkolaborasi dengan beberapa persatuan lain seperti Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS) serta persatuan-persatuan lain dengan melibatkan semua lapisan ahli PERKEP untuk menyertai jaringan interaksi tersebut bagi melahirkan warga PERKEP yang kompeten dan komited setanding dengan persatuan lain.

Selain itu, ahli PERKEP perlu bersikap positif dan sentiasa bersedia untuk menerima idea-idea baru demi kebaikan bersama kerana pemikiran yang kreatif mampu melahirkan sesuatu yang inovatif dan persatuan akan dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang sentiasa menjana pemikiran baru serta bijak mengatur langkah menghadapi era globalisasi.

Turut hadir Tan Sri Dato' Sri Khalid b. Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri b. Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datin Seri Rohayah binti Dato' Seri Panglima Haji Mohd Yassin, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia,Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri dan ahli PERKEP.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita

SESI BERGAMBAR
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita
Transformasi Perkep Perkasakan Wanita

ArticlePublished 12 Jun 2014 9.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM