Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
...Kita
juga tidak boleh melakukan perubahan secara incremental tetapi
sebaliknya kita perlu terus kreatif dan berinovasi untuk mencipta
pembaharuan secara radikal atau drastik bagi menghadapi realiti mengikut
peredaran masa.. - Timbalan Ketua Polis Negara
Wangsa Maju, 15 Dis - "Era
transformasi yang berpaksikan inovasi dan kreativiti tidak mengehadkan
kita untuk membuat perubahan melalui kaedah-kaedah yang lebih baik dalam
mencapai matlamat yang telah disasarkan," ujar YDH Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 & 3/2011 Di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya,
agenda transformasi terus berkembang dalam pelbagai bidang dan dalam
konteks PDRM yang terkini adalah berkaitan transformasi perundangan.
"Saya
berharap pihak-pihak yang terlibat seperti Cawangan Khas, Jabatan
Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil mengorak langkah bersiap sedia dengan
pendekatan-pendekatan baru yang lebih bersesuaian dengan kehendak dan
keperluan semasa dan seterusnya mengeluarkan arahan-arahan terkini yang
relevan dengan peredaran semasa," tambahnya lagi.
Beliau
turut menyentuh kejayaan PDRM mengekalkan pencapaian prestasi yang agak
baik dalam mengurangkan kadar jenayah di mana perbandingan menujukkan
kadar jenayah indeks bagi 11 bulan tahun ini menurun sebanyak 10.3%
berbanding tahun lalu dan secara relatifnya purata jenayah dalam sebulan
pada tahun ini juga berkurang sebanyak 10.3% berbanding tahun lepas.
Ia
juga dikukuhkan melalui kerjasama strategik dalam tindakan mencegah
jenayah yang dijalankan oleh PDRM dengan pihak yang lain iaitu JPAM,
RELA, Angkatan Tentera Malaysia dan Skim Rondaan Bersama Rukun Tetangga
sebagaimana ditetapkan di dalam program NKRA.
Selain
itu, kejayaan menurunkan kadar jenayah ini juga disebabkan polis
berjaya menangkap penjenayah hasil daripada kerjasama masyarakat yang
sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Majlis
Penganugerahan Balai League Table Siri 2 & 3 ini telah
julung-julung kalinya diadakan di balai penugasan polis di mana
sebelumnya ini diadakan di hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur.
"Pengurusan
Tertinggi PDRM telah memutuskan agar majlis ini di adakan di balai
polis yang dinobatkan sebagai pemenang dengan hasrat untuk berkongsi
kemeriahan tersebut bersama masyarakat setempat yang turut sama
menyumbang kepada kejayaan yang diraih oleh balai polis berkenaan dan oleh
itu adalah relevan buat pertama kalinya Balai Polis Wangsa Maju menjadi
lokasi Majlis Penganugerahan BLT bagi Siri 2 dan 3 Tahun 2011
memandangkan balai ini juga tersenarai di antara pemenang BLT," jelas
beliau.
Balai
yang telah menjalani penilaian yang lebih menyeluruh akan dinobatkan
sebagai pemenang dan kecemerlangan sesebuah balai bukan sahaja
berdasarkan kepada penurunan indeks jenayah, tetapi juga aspek
perhubungan dengan masyarakat dan sejauh mana masyarakat berpuas hati
dengan sistem penyampaian perkhidmatan balai berkenaan.
Majlis
pada hari ini menyaksikan Juara Kategori A Siri 2/2011 disandang oleh
Balai Polis Wangsa Maju, Juara Kategori B Siri 2/2011; Balai Polis
Seberang Jaya, Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Bistari Jaya,
Juara Kategori D Siri 2/2011; Balai Polis Hutan Melintang, Juara
Kategori E Siri 2/2011; Balai Polis Bukit Merah, Juara Kategori A Siri
3/2011; Balai Polis Kuantan, Juara Kategori B Siri 3/2011; Balai Polis
Seksyen 6 Shah Alam, Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Kuah,
Juara Kategori D Siri 3/2011; Balai Polis Maran dan Juara Kategori E
Siri 3/2011; Balai Polis Kuala Triang.
Turut
hadir memeriahkan majlis, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Abd.
Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM merangkap
Penaung Initiative 12 Balai League Table NKRA Bagi NKPI 3.2. Increase
Public Satisfaction On Police Performance, YDH DCP Dato' Mohmad bin
Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur selaku Tuan Rumah, Y.Bhg Encik Eugene
Teh, Pengarah NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri,
Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Negeri, dif-dif jemputan,
pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan PEMANDU,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

YDH
Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin
Syed Azizan, Pengarah JSJ Komersil, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj.
Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Mohmad bin
Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah
NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan daripada YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi

Ucapan daripada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir.







Juara Kategori A Siri 2/2011 disandang oleh Balai Polis Wangsa Maju..

Juara Kategori B Siri 2/2011; Balai Polis Seberang Jaya

Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Bistari Jaya

Juara Kategori D Siri 2/2011; Balai Polis Hutan Melintang

Juara Kategori E Siri 2/2011; Balai Polis Bukit Merah

Juara Kategori A Siri 3/2011; Balai Polis Kuantan

Juara Kategori B Siri 3/2011; Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam

Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Kuah

Juara Kategori D Siri 3/2011; Balai Polis Maran

Juara Kategori E Siri 3/2011; Balai Polis Kuala Triang
Surat
Penghargaan YDH Ketua Polis Negara kepada ahli-ahli masyarakat yang
turut bergerak aktif membantu pihak polis dalam mencegah jenayah di
kawasan Wangsa Maju.





Persembahan Koir PDRM.
Jurufoto : L/Kpl Shareel bin Shariman
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang