Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Beliau turut menyentuh kejayaan PDRM mengekalkan pencapaian prestasi yang agak baik dalam mengurangkan kadar jenayah di mana perbandingan menujukkan kadar jenayah indeks bagi 11 bulan tahun ini menuru..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/transformasi-pdrm-ke-arah-pembentukan-pasukan-berkualiti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:43 MYT

...Kita juga tidak boleh melakukan perubahan secara incremental tetapi sebaliknya kita perlu terus kreatif dan berinovasi untuk mencipta pembaharuan secara radikal atau drastik bagi menghadapi realiti mengikut peredaran masa.. - Timbalan Ketua Polis Negara


Wangsa Maju, 15 Dis - "Era transformasi yang berpaksikan inovasi dan kreativiti tidak mengehadkan kita untuk membuat perubahan melalui kaedah-kaedah yang lebih baik dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan," ujar YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 & 3/2011 Di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.


Menurutnya, agenda transformasi terus berkembang dalam pelbagai bidang dan dalam konteks PDRM yang terkini adalah berkaitan transformasi perundangan.


"Saya berharap pihak-pihak yang terlibat seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengorak langkah bersiap sedia dengan pendekatan-pendekatan baru yang lebih bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa dan seterusnya mengeluarkan arahan-arahan terkini yang relevan dengan peredaran semasa," tambahnya lagi.


Beliau turut menyentuh kejayaan PDRM mengekalkan pencapaian prestasi yang agak baik dalam mengurangkan kadar jenayah di mana perbandingan menujukkan kadar jenayah indeks bagi 11 bulan tahun ini menurun sebanyak 10.3% berbanding tahun lalu dan secara relatifnya purata jenayah dalam sebulan pada tahun ini juga berkurang sebanyak 10.3% berbanding tahun lepas.


Ia juga dikukuhkan melalui kerjasama strategik dalam tindakan mencegah jenayah yang dijalankan oleh PDRM dengan pihak yang lain iaitu JPAM, RELA, Angkatan Tentera Malaysia dan Skim Rondaan Bersama Rukun Tetangga sebagaimana ditetapkan di dalam program NKRA.


Selain itu, kejayaan menurunkan kadar jenayah ini juga disebabkan polis berjaya menangkap penjenayah hasil daripada kerjasama masyarakat yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak polis.


Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 & 3 ini telah julung-julung kalinya diadakan di balai penugasan polis di mana sebelumnya ini diadakan di hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur.


"Pengurusan Tertinggi PDRM telah memutuskan agar majlis ini di adakan di balai polis yang dinobatkan sebagai pemenang dengan hasrat untuk berkongsi kemeriahan tersebut bersama masyarakat setempat yang turut sama menyumbang kepada kejayaan yang diraih oleh balai polis berkenaan dan o
leh itu adalah relevan buat pertama kalinya Balai Polis Wangsa Maju menjadi lokasi Majlis Penganugerahan BLT bagi Siri 2 dan 3 Tahun 2011 memandangkan balai ini juga tersenarai di antara pemenang BLT," jelas beliau.


Balai yang telah menjalani penilaian yang lebih menyeluruh akan dinobatkan sebagai pemenang dan kecemerlangan sesebuah balai bukan sahaja berdasarkan kepada penurunan indeks jenayah, tetapi juga aspek perhubungan dengan masyarakat dan sejauh mana masyarakat berpuas hati dengan sistem penyampaian perkhidmatan balai berkenaan.


Majlis pada hari ini menyaksikan Juara Kategori A Siri 2/2011 disandang oleh Balai Polis Wangsa Maju, Juara Kategori B Siri 2/2011; Balai Polis Seberang Jaya, Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Bistari Jaya, Juara Kategori D Siri 2/2011; Balai Polis Hutan Melintang, Juara Kategori E Siri 2/2011; Balai Polis Bukit Merah, Juara Kategori A Siri 3/2011; Balai Polis Kuantan, Juara Kategori B Siri 3/2011; Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Kuah, Juara Kategori D Siri 3/2011; Balai Polis Maran dan Juara Kategori E Siri 3/2011; Balai Polis Kuala Triang.


Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Penaung Initiative 12 Balai League Table NKRA Bagi NKPI 3.2. Increase Public Satisfaction On Police Performance, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur selaku Tuan Rumah, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Negeri, dif-dif jemputan, pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan PEMANDU, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.


Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah JSJ Komersil, YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur dan Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Ucapan daripada YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Ucapan daripada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir.
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori A Siri 2/2011 disandang oleh Balai Polis Wangsa Maju..

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori B Siri 2/2011; Balai Polis Seberang Jaya

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Bistari Jaya

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori D Siri 2/2011; Balai Polis Hutan Melintang

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori E Siri 2/2011; Balai Polis Bukit Merah

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori A Siri 3/2011; Balai Polis Kuantan

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori B Siri 3/2011; Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori C Siri 3/2011; Balai Polis Kuah

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori D Siri 3/2011; Balai Polis Maran

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Juara Kategori E Siri 3/2011; Balai Polis Kuala Triang

Surat Penghargaan YDH Ketua Polis Negara kepada ahli-ahli masyarakat yang turut bergerak aktif membantu pihak polis dalam mencegah jenayah di kawasan Wangsa Maju.
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti

Transformasi Pdrm Ke Arah Pembentukan Pasukan Berkualiti
Persembahan Koir PDRM.

Jurufoto    :    L/Kpl Shareel bin Shariman
Wartawan    :    L/Kpl Irfan bin Bujang

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM