TRANSFORMASI JSPT PDRM
Kuala Lumpur, 7 Jun 2017 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi fokus utama bagi Mesyuarat Bulanan YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Polis Diraja Malaysia Bil. 3/2017 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), dekat sini, petang tadi.
Justeru itu, JSPT telah merangka beberapa transformasi antaranya menubuhkan Unit Siasatan Lebuhraya yang berperanan untuk menyiasat kes kemalangan ringan yang tidak melibatan kecederaan dan disiasat di bawah kaedah-kaedah lalu lintas secara elektronik (e-ip) dan mewujudkan Unit Risikan/Operasi yang akan menjalankan tugas-tugas risikan berkaitan kes lumba haram, kenderaan klon, kenderaan perdagangan membawa muatan melebihi had, waran tangkap trafik, langgar lari dan operasi berkonsepkan Total Enforcement.
“Saya yakin, operasi-operasi yang dijalankan oleh JSPT dengan berpandukan konsep 5E iaitu pendidikan (education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation) akan dapat mengurangkan kecelakaan di jalan raya selain mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” ujar YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya di mesyuarat tersebut.
Kenderaan-kenderaan asing juga tidak terlepas dari radar pemerhatian JSPT melalui pelbagai bentuk operasi antaranya Op Saman Tertunggak Warganegara Asing V (OSTWA V) yang giat dijalankan di negeri-negeri bersempadan dengan negara-negara jiran.
Sempena Syawal yang bakal tiba nanti, JSPT juga mengatur gerak Op Selamat 11 yang akan dijalankan dengan lebih teliti dan holistic bermula 18 Jun hingga 2 Julai 2017 bagi menjamin kelancaran aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ,YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YB Datuk Nurjazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, YB Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan),YB Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan barisan pengarah PDRM.

Sekitar mesyuarat berlangsung.