Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Berbuka Puasa Bersama Tpm Dan Penerapan Nilai Murni

Diterbitkan: 08 Jun 2017 4.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 7 Jun 2017- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) bersama delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan berbuka puasa bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-bersama-tpm-dan-penerapan-nilai-murni
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TPM DAN PENERAPAN NILAI MURNI

Kuala Lumpur, 7 Jun 2017- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) bersama delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan berbuka puasa bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan aluannya, merakamkan penghargaan serta berharap program seperti ini mampu dimanfaatkan oleh warga PDRM untuk berjuang mempertahankan agama dan tanah air tercinta.

"Kunjungan warga KDN telah menyemarakkan lagi semangat PDRM untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negara, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menjalankan ibadah puasa.

"Selain itu, menyedari ancaman fahaman militan Daesh yang melihat bulan mulia ini sebagai 'Bulan Jihad", PDRM sentiasa bersiap siaga dengan melipatgandakan usaha, risikan dan rondaan keselamatan bagi menangani ancaman untuk menggagalkan niat serong dan jihad terpesong kumpulan tersebut," ujarnya lagi.

Dalam suasana kesyukuran serta keberkatan Ramadan, majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta anak-anak yatim bagi persediaan menjelang Syawal yang akan berkunjung tiba.

Turut hadir dalam majlis tersebut, ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ,YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YB Datuk Nurjazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, YB Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), YB Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan barisan pengarah PDRM.

_MG_7120
_MG_7130

IMG_4430 copy
IMG_4369 copy
Sekitar majlis berlangsung.
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2017 4.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM