Tingkat Persefahaman Antara Pdrm Dan Bank Negara
Tingkat Persefahaman Antara PDRM dan Bank Negara
oleh : L/Kpl Santher
KUALA LUMPUR - 1 Ogos. Ketua Polis Negara telah mewakili Polis Diraja Malaysia di majlis
menandatangani memorandum persefahaman bersama Bank Negara, yang telah
berlangsung di Tingkat 19, Pejabat Gabenor, Bank Negara Malaysia.
Semasa
pertemuan di Pejabat Gabenor, Bank Negara Malaysia, YDH Tan Sri Dato'
Seri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara juga turut mengadakan
"First PDRM-BNM High Level Meeting" bersama Y.Bhg Tan Sri Dr.Zeti Akhtar
Aziz, Gabenor Bank Negara.
Turut
hadir, YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan
Petugas Khas, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Y.Bhg. Dato' Muhammad bin
Ibrahim,Timbalan Gabenor, Y.Bhg. Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus,Timbalan
Gabenor dan Y.Bhg. En. Abu Hassan Aishari bin Yahaya, Penolong Gabenor.
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat....
YDH
Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara bersama Y.Bhg. En.Abu Hassan Aishari bin Yahaya, Penolong
Gabenor...
YDH
Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan
Y.Bhg. Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
menandatangani MOU.....
Pertukaran dokumen MOU di antara PDRM dan Bank Negara Malaysia....
Sesi penyampaian cenderahati.....