Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kesihatan Seiring Kualiti Tugas

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 2 Ogos 2012 - 'Kesihatan lebih penting daripada tugas' antara perkara menarik yang diluahkan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Hj Ismail Bin Ismail dalam pertemuannya bersama Petugas Pusat Saring..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesihatan-seiring-kualiti-tugas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:09 MYT

Wartawan & Jurugambar : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi

Bukit Aman, 2 Ogos 2012 - "Kesihatan lebih penting daripada tugas" antara perkara menarik yang diluahkan oleh YDH IG Tan Sri Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara dalam pertemuannya bersama Petugas Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman hari ini.

Pertemuan di menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, YDH IG Tan Sri Dato' Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara turut menyuarakan kerisauan beliau terhadap mutu kesihatan anggota dan para pegawai PDRM dalam menghadapi tugas yang semakin mencabar setiap hari.

Justeru itu, pertemuan yang diatur ini dapat mengeratkan hubungan dua hala diatara PDRM dan Kementerian Kesihatan terutamanya mendapatkan nasihat  kesihatan kepada  setiap warga PDRM serta mencari formula pemantauan kesihatan berkala yang lebih efektif.

Hasil daripada kolaborasi ini dilihat akan memberikan impak yang sangat baik kerana mutu tugas warga PDRM akan meningkat seiring dengan kualiti kesihatan mereka.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbira),YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) dan Pegawai-pegawai kanan PDRM. 

Kesihatan Seiring Kualiti Tugas
Sepanjang sesi pertemuan.

Kesihatan Seiring Kualiti Tugas
YDH IG Tan Sri Dato' Sri Hj Ismail Bin Ismail, Ketua Polis Negara menyuarakan pandangannya.

Kesihatan Seiring Kualiti Tugas
Sesi penyampaian cenderamata.

Kesihatan Seiring Kualiti Tugas
Sesi bergambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM