Artikel
Tindakan Tegas Jika Gagal Tangani Isu Judi
Kuala Lumpur, 4 Nov - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa menegaskan akan mengambil tindakan terhadap kegagalan ketua polis daerah atau ketua polis...
Kuala Lumpur, 4 Nov - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa menegaskan akan mengambil tindakan terhadap kegagalan ketua polis daerah atau ketua polis balai dalam membanteras premis perjudian.
"Mereka berkemungkinan akan dikenakan tindakan tatatertib atau ditukarkan 24 jam, jika gagal membanteras aktiviti perjudian di kawasan mereka,” katanya.
Tajuddin memberitahu, beliau memberi tempoh sebulan kepada semua ketua polis daerah dan ketua balai untuk menggempur premis mesin perjudian di ibu kota.
"Arahan itu telah dinyatakan dalam mesyuarat pada 14 Oktober lalu, ia sejajar arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,” katanya.
Beliau berkata, ketua polis daerah dikehendaki membuat deklarasi memastikan tiada lagi aktiviti perjudian mesin di daerah atau kawasan balai masing-masing.
"Pasukan pemantau dari ibu pejabat polis kontinjen termasuk pegawai dari Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard Kontinjen/Bukit Aman akan membuat pemeriksaan memastikan aktiviti perjudian tidak lagi beroperasi," katanya.
Sumber: Sinar Harian