Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tindakan Pantas Polis Selamatkan Kanak Kanak Diculik

Published: 19 Jun 2014 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 7 April - Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun daripada diculik oleh individu tidak dikenali di kawasan meletak kereta Sekolah Jeni..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-pantas-polis-selamatkan-kanak-kanak-diculik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:52 MYT

Kota Kinabalu, 7 April - Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun daripada diculik oleh individu tidak dikenali di kawasan meletak kereta Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Likas, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu Supt M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu kanak-kanak yang sedang tidur di dalam kereta milik ibunya dilarikan sejauh kira-kira enam kilometer oleh penjenayah sebelum ditemui ditinggalkan di kawasan Asia City sejam kemudian.

"Kami sedang mengenal pasti sama ada terdapat mana-mana kamera litar tertutup di kawasan Asia City yang berjaya mengesan kenderaan itu dan percaya kes itu adalah cubaan menyamun kereta," katanya.

Chandra berkata pihaknya sedang menyiasat penglibatan lebih daripada seorang suspek melarikan kereta itu dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan polis.

"Kanak-kanak itu bernasib baik kerana sepanjang kenderaan ibunya dilarikan dia sedang tidur dan jika sebaliknya pasti kejadian ini akan membawa kesan trauma ke atas dirinya," katanya.

Difahamkan ibu mangsa yang berusia 40-an dikenali sebagai Chung meletakkan kereta jenis Toyota Vios dengan enjinnya dibiarkan hidup ketika singgah membeli makanan sebelum beberapa minit kemudian kanak-kanak itu hilang bersama kenderaan itu.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM