Seorang Lelaki Ditahan Miliki Pistol Tiruan
Kota Bharu, 7 April - Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki pistol tiruan di rumahnya di Kampung Salor di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata suspek yang berumur 38 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam.
"Selepas
disoal siasat, suspek telah membawa polis ke tempat dia menyimpan
pistol berkenaan. Suspek kemudian menunjukkan sepucuk pistol tiruan
berwarna hitam bertulis G-26 C MILSPEC 9X9 yang di letakkan di atas
almari dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi
hari ini.
Beliau
berkata siasatan awal juga mendapati suspek didapati positif
methamphetamine dan kini direman selama empat hari bermula hari ini.
Azham
berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam
sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA