Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tindakan Pantas Polis Menahan 6 Suspek Selesaikan 6 Kes Kecu

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lagi lelaki dipercayai pemilik sebuah premis menjual barangan lusuh di Kampung Salak Selatan Baru berkenaan ditahan bersama seorang pekerja lelaki warga India dalam tempoh 24 jam selepas penah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-pantas-polis-menahan-6-suspek-selesaikan-6-kes-kecu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT

Tindakan Pantas Polis Menahan 6 Suspek Selesaikan 6 Kes Kecurian

Kehilangan 16 alat pemprosesan data syarikat dibongkar apabila berlaku kerosakan bilik kawalan operasi pencawang milik Celcom Axiata Bhd (Celcom). Hasil maklumat diterima pi
hak polis melakukan sisasatan sebelum menahan dua lelaki dipercayai adik beradik berusia 23 dan 28 tahun.

Seorang lagi lelaki dipercayai pemilik sebuah premis menjual barangan lusuh di Kampung Salak Selatan Baru berkenaan ditahan bersama seorang pekerja lelaki warga India dalam tempoh 24 jam selepas penahanan dua beradik terbabit.

Dua hari kemudian kemudian polis menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai terbabit kes ini.

Penahanan keenam-enam suspek terbabit, pihak polis percaya sudah selesaikan enam kes membabitkan kes kecurian alat pemprosesan data milik syarikat komunikasi itu.

SUMBER : HARIAN METRO

Tindakan Pantas Polis Menahan 6 Suspek Selesaikan 6 Kes Kecu

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM