Polis Berjaya Berkas Geng Penyamun
Polis
telah berjaya menangkap ketua kumpulan geng penyamun iaitu Geng Ise
Toyo di mana ketua kumpulan dikenali sebagai Ise Toyo, 25, dan seorang
rakannya dikenali Pok Leh di sebuah rumah di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Kelantan.
Kumpulan
ini dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di
beberapa daerah termasuk di Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu
Selain
beberapan barang rampasan yang berjaya dirampas pihak polis, ujian
saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek itu mendapati positif
mengambil dadah jenis syabu selain mempunyai rekod jenayah berkaitan
dadah dan mempunyai waran tangkap juga berkaitan kes dadah.
Susulan
penangkapan kedua-dua suspek ini, pihak polis kemudian memberkas dua
lagi pelajar yang dipercayai menyertai kumpulan Geng Ise Toyo. Kedua-dua
individu yang ditangkap ini merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah
sekolah di sini.
SUMBER : KOSMO

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Berjaya Berkas Geng Penyamun
Selain beberapan barang rampasan yang berjaya dirampas pihak polis, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek itu mendapati positif mengambil dadah jenis syabu selain mempunyai rekod jenaya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berjaya-berkas-geng-penyamun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.