Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tindakan Pantas Polis Berjaya Berkas Dua Lelaki Samun Kedai

Published: 19 Jun 2014 3.45 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 9 April - Hasil tindakan pantas polis selepas mendapat maklumat awam, dua lelaki yang sedang menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Seledang, Batu Berendam di sini, awal pagi ini berjaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-pantas-polis-berjaya-berkas-dua-lelaki-samun-kedai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:43 MYT

Melaka, 9 April - Hasil tindakan pantas polis selepas mendapat maklumat awam, dua lelaki yang sedang menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Seledang, Batu Berendam di sini, awal pagi ini berjaya ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi itu, anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati dua pekerja kedai tersebut disamun dua suspek berusia 26 dan 30 tahun dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah parang.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh dan topeng muka telah bertindak mengarahkan seorang pekerja kedai lelaki dan wanita masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu memasukkan rokok dan wang tunai ke dalam beg yang dibawa mereka.

"Salah seorang anggota kami kemudian menjerit polis! dan mengakibatkan suspek berlari keluar dari kedai berkenaan," katanya dalam enyataan di sini, hari ini.

Katanya polis yang mengejar kedua-dua suspek telah melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara sebelum mereka berjaya ditahan di belakang premis tersebut.

Raja Shahrom berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dikehendaki polis sejak tiga bulan lepas dan mereka mengaku melakukan 12 kes samun kedai serbaneka di daerah Melaka Tengah dan Jasin. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.45 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM