Tindakan Pantas Polis Berjaya Berkas Dua Lelaki Samun Kedai
Melaka,
9 April - Hasil tindakan pantas polis selepas mendapat maklumat awam,
dua lelaki yang sedang menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sri
Seledang, Batu Berendam di sini, awal pagi ini berjaya ditahan.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata
dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi itu, anggota polis yang bergegas ke
tempat kejadian mendapati dua pekerja kedai tersebut disamun dua suspek
berusia 26 dan 30 tahun dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah
parang.
Beliau
berkata kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh dan
topeng muka telah bertindak mengarahkan seorang pekerja kedai lelaki dan
wanita masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu memasukkan rokok dan
wang tunai ke dalam beg yang dibawa mereka.
"Salah
seorang anggota kami kemudian menjerit polis! dan mengakibatkan suspek
berlari keluar dari kedai berkenaan," katanya dalam enyataan di sini,
hari ini.
Katanya
polis yang mengejar kedua-dua suspek telah melepaskan tiga das tembakan
amaran ke udara sebelum mereka berjaya ditahan di belakang premis
tersebut.
Raja
Shahrom berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dikehendaki
polis sejak tiga bulan lepas dan mereka mengaku melakukan 12 kes samun
kedai serbaneka di daerah Melaka Tengah dan Jasin.
Sumber : BERNAMA