Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tindakan Pantas Mpv Hasilkan Kejayaan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada 18/3/2010 jam 1245 Hrs tindakan pantas MPV ( PK 350 ) setelah menerima maklumat mengatakan orang awam sedang mengejar lelaki yang baru melakukan ragut di Dataran R&R Sg. Perak. telah berjaya men
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tindakan-pantas-mpv-hasilkan-kejayaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:13 MYT
Pada 18/3/2010 jam 1245 hrs tindakan pantas MPV ( PK 350 ) setelah menerima  maklumat mengatakan orang awam sedang mengejar lelaki yang baru melakukan ragut di Dataran R&R Sg. Perak telah berjaya menangkap suspek seorang penganggur / penagih ubat batuk yang berasal dari Kg. Lubuk Chapin, Enggor Perak. Suspek juga mempunyai 6 rekod  kesalahan lampau melibatkan jenayah samun / pecah rumah / curi dalam bangunan dan dadah.
 
Pihak polis telah merampas sebuah motosikal skuter Suzuki yang digunakan suspek untuk melakukan ragut, satu (1) jam tangan jenama Maurice Lacroix, wang tunai RM 250.00, mata wang Saudi Arabia Rial 290  dan buku akaun Tabung Haji milik mangsa.
 
Siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam kes pecah rumah di Kati pada 12/3/2010 dan satu kes samun warga emas di Kota Lama Kiri pada 15/3/2010. Suspek telah membawa Pegawai Penyiasat ke dalam hutan pisang di Kampung Sayong Tebing dan menunjukkan beg tangan yang disamun daripada warga emas tempohari seterusnya pihak polis menjumpai semula dokumen-dokumen penting mangsa.
 
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Setakat ini siasatan mendapati suspek melakukan jenayah bersendirian dengan menaiki kenderaan skuter.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM