Article
Tindakan Pantas Mpv Hasilkan Kejayaan
Pada 18/3/2010 jam 1245 Hrs tindakan pantas MPV ( PK 350 ) setelah menerima maklumat mengatakan orang awam sedang mengejar lelaki yang baru melakukan ragut di...
Pada
18/3/2010 jam 1245 hrs tindakan pantas MPV ( PK 350 ) setelah menerima
maklumat mengatakan orang awam sedang mengejar lelaki yang baru
melakukan ragut di Dataran R&R Sg. Perak telah berjaya menangkap
suspek seorang penganggur / penagih ubat batuk yang berasal dari Kg.
Lubuk Chapin, Enggor Perak. Suspek juga mempunyai 6 rekod kesalahan
lampau melibatkan jenayah samun / pecah rumah / curi dalam bangunan dan
dadah.
Pihak polis telah merampas
sebuah motosikal skuter Suzuki yang digunakan suspek untuk melakukan
ragut, satu (1) jam tangan jenama Maurice Lacroix, wang tunai RM 250.00,
mata wang Saudi Arabia Rial 290 dan buku akaun Tabung Haji milik mangsa.
Siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam kes pecah rumah di Kati pada 12/3/2010
dan satu kes samun warga emas di Kota Lama Kiri pada 15/3/2010. Suspek
telah membawa Pegawai Penyiasat ke dalam hutan pisang di Kampung
Sayong Tebing dan menunjukkan beg tangan yang disamun daripada warga
emas tempohari seterusnya pihak polis menjumpai semula dokumen-dokumen
penting mangsa.
Suspek ditahan untuk
siasatan lanjut. Setakat ini siasatan mendapati suspek melakukan jenayah
bersendirian dengan menaiki kenderaan skuter.