Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Sahabat Maut Motosikal Bertembung Dengan Lori Pasir Di Kulim

Diterbitkan: 18 Jan 2016 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kulim, 18 Jan- Dua sahabat maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Guar Lobak-Padang Serai, Kampung Sidam Kanan dekat sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-sahabat-maut-motosikal-bertembung-dengan-lori-pasir-di-kulim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT

Kulim, 18 Jan- Dua sahabat maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Guar Lobak-Padang Serai, Kampung Sidam Kanan dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata, dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 11 pagi itu, mangsa Mohamad Abdul Razak, 18, yang menunggang motosikal bersama pembonceng, Syed Mohd Fakhrorodzi Syed Alwi, 18 maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mereka yang datang dari Padang Serai-Guar Lobak dikatakan cuba memotong kenderaan lain di hadapan, namun gagal apabila bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu kedua remaja tersebut dikatakan telah terhumban di jalan raya menyebabkan kedua mereka mengalami kecederaan parah pada kepala dan dada," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun pemandu lori yang berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2016 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM