Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Tinjau Kesiapsiagaan Unit K9 Pdrm

Published: 16 Feb 2026 10.47 AM Updated: 15 Aug 2026 6.58 PM
Kuala Lumpur, 16 Februari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-tinjau-kesiapsiagaan-unit-k9-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:09 MYT
Kuala Lumpur, 16 Februari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan lawatan kerja rasmi bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Tan Sri Ayob Khan telah menyaksikan demonstrasi taktikal melibatkan enam komponen latihan utama iaitu Advance Obedience, Tactical Obedience, Tactical Window Entry & Neutralization, Hazardous Obstacle Interception, Transition Phase Control dan Urban Obstacle Breach. Kesemua komponen yang dilakukan bagi menguji tahap disiplin, keserasian dan kecekapan antara pegawai pengendali dengan anjing pengesan dalam melaksanakan operasi pengesanan serta tindakan khas berisiko tinggi.

Mengakhiri lawatan, beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu telah beramah mesra dengan pegawai pengendali serta meninjau fasiliti kandang anjing pengesan dan kemudahan latihan bagi memastikan aspek kebajikan, kesihatan dan keperluan logistik Unit K9 sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Turut hadir semasa lawatan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua Penolong Pengarah D6 JSJ Bukit Aman, SAC Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎ROYALMALAYSIA ROYAL MALAYSIA POLICE POLICEK9UNIT K9 UNIT สวนล SPESRMAR ូ ለሊሀ 純丝海

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of monument and text
ArticlePublished 16 Feb 2026 10.47 AMUpdated 15 Aug 2026 6.58 PM