Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Iringi Mdn Lawat Pembangunan Pusat Latihan Utk

Diterbitkan: 16 Feb 2026 1.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Semenyih, 16 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja rasmi ke tapak projek pembinaan pejabat dan pusat latihan Unit Tindakhas (UTK) yang baharu di Batalion 4 PGA, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iringi-mdn-lawat-pembangunan-pusat-latihan-utk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:47 MYT
Semenyih, 16 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja rasmi ke tapak projek pembinaan pejabat dan pusat latihan Unit Tindakhas (UTK) yang baharu di Batalion 4 PGA, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang tadi.

Lawatan tersebut yang turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan manifestasi komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan pelaksanaan projek strategik itu berjalan lancar, menepati spesifikasi ditetapkan serta disiapkan mengikut jadual perancangan yang menyasarkan operasi penuh pada Julai 2026.

Projek pembangunan tersebut bakal menempatkan kompleks pentadbiran dan pusat latihan UTK yang bertaraf moden serta menyokong keperluan taktikal, logistik dan teknologi semasa yang bakal memberi manfaat dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi pasukan elit keselamatan PDRM itu seiring tuntutan semasa.
Antara kemudahan utama yang dibina dan dipertingkatkan termasuk lapang sasar menembak dalam bangunan, kolam selam tempur serta hangar serbuan kapal terbang yang membolehkan pelaksanaan latihan simulasi berintensiti tinggi dalam persekitaran yang lebih realistik dan terkawal.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Datuk M. V. Srikumar Madhavan Nair, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Redzuan Abd Hamid, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan dan Komander UTK, SAC Hisham Mahmood.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim.

ArtikelDiterbitkan 16 Feb 2026 1.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM