
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Kumpulan Misc Berhad
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpu...
Kuala Lumpur, 18 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Berhad, Kapten Rajalingam Subramaniam di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Hadir sama, DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusoff Hj. Mamat, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan.