
Artikel
Timbalan Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pegawai Kanan Polis
SAC Azman Omar yang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman dibawa ke hospital akibat sakit jantung, namun kini berada dal...
Kajang, 18 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menziarahi seorang pegawai kanan polis yang telah dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang di sini pada Sabtu lepas.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato’ Kumaran Karuppannan bersama Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Dr. Ferwahn Fairis Ab Karim.
SAC Azman Omar yang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman dibawa ke hospital akibat sakit jantung, namun kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Unit Penjagaan Kritikal (CCU) Zon Merah bagi pemantauan lanjut.
Di hospital sama, Dato' Sri Ayob Khan turut meluangkan masa menziarahi bekas jurulatih beliau, Encik Yahya Hj. Yusoff ketika menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu.
Hadir sama, Penolong Pengarah Pendataan/Analisa JPJKK Bukit Aman, ACP Siva Pergahsum Shanmugan dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehawan Mohamad.
Jurugambar: PDRM RMP TV