
Article
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat 20260113
Kuala Lumpur, 13 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pen...
Kuala Lumpur, 13 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.
Antara inti pati kunjungan tersebut termasuk perbincangan berkaitan aspek keselamatan serta langkah pencegahan jenayah yang melibatkan peranan komuniti, di samping isu kesihatan mental dalam kalangan warga PDRM.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim serta delegasi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat.
Jurugambar: PDRM RMP TV