
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Ccpss Pulau Pinang
Kuala Lumpur, 11 Mac 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat da...
Kuala Lumpur, 11 Mac 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pertubuhan Crime Consciousness and Public Safety Society (CCPSS) Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi CCPPSS, Datuk Zainudin Ahmad di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.
Kunjungan tersebut bertujuan berkongsi pandangan strategik dan bernas yang diyakini mampu memperkukuh hala tuju serta pembangunan masa depan CCPSS. Selain itu, kehadiran delegasi ke Bukit Aman adalah menjemput Tan Sri Ayob Khan untuk merasmikan Forum Perdana CCPSS yang dijadualkan berlangsung pada 23 April depan.
Jurugambar: PDRM RMP TV




