
Artikel
Timbalan Kpn Serikan Majlis Berbuka Puasa Anjuran Jsj
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga...
Kuala Lumpur, 12 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Restoran Zende, Hotel Seri Pacific, di sini, malam tadi.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah JSJ, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu.
Majlis anjuran JSJ Bukit Aman itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim di antara kepimpinanan tertinggi Polis Diraja Malaysia dengan warga kerja JSJ di samping memupuk semangat kerjasama berpasukan.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman serta barisan Ketua JSJ seluruh kontinjen.
Jurugambar: PDRM RMPTV





