Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Tegaskan Ajaran Sesat Ancam Keselamatan Negara

Published: 13 Jun 2026 3.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Kuala Terengganu, 13 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa ajaran sesat dan fahaman menyeleweng tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menjadi proses radikalisasi yang akhirnya boleh membawa kepada ancaman keganasan serta keselamatan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-tegaskan-ajaran-sesat-ancam-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT
Kuala Terengganu, 13 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa ajaran sesat dan fahaman menyeleweng tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menjadi proses radikalisasi yang akhirnya boleh membawa kepada ancaman keganasan serta keselamatan negara.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan “Fahaman Menyeleweng dan Keselamatan Negara” yang berlangsung di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu, di sini, malam tadi.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Ayob Khan telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah serta Timbalan KP Terengganu, SAC Suffian Sulaiman.

Forum tersebut turut menampilkan bekas Timbalan Ketua Polis Pahang, pesara polis DCP Dato’ Abdul Razak Mohd Yusoff dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan ( May be an image of one or more people and text atan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Ustaz Nik Zulhaizi Ismail sebagai panelis. Program itu dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA, Dr. Muhammad Rashidi Wahab.

Dalam sesi forum berkenaan, Tan Sri Ayob Khan menjelaskan bahawa ancaman keselamatan negara pada masa kini telah berkembang daripada ancaman tradisional kepada bukan tradisional yang lebih kompleks termasuk ajaran sesat, ekstremisme, radikalisme, jenayah siber, penyebaran maklumat palsu dan pemerdagangan orang.
Menurut beliau, ancaman sedemikian mampu mempengaruhi pemikiran, akidah serta pegangan masyarakat dan seterusnya akan menggugat keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa ajaran sesat perlu ditangani secara serius kerana berpotensi memecah-belahkan masyarakat, mewujudkan ketaksuban melampau dan seterusnya mengancam keamanan serta kestabilan negara.

Justeru, masyarakat perlu sentiasa berwaspada terhadap penyebaran fahaman sedemikian yang kini semakin mudah disebarkan melalui media sosial.

Program anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dengan kerjasama Yayasan Pendidikan MAIDAM dan Pusat Islam UniSZA itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Mohd Azli Mohd Noor, para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu, warga kerja UniSZA serta mahasiswa.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text that says 'HAKMI M'




ArticlePublished 13 Jun 2026 3.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM