
Artikel
Artikel Pilihan Polis Dedah Sisi Gelap Csam Pelaku Boleh Beralih Kepada Jenayah Seksual Lebih Serius
Kuala Lumpur, 14 Jun 2026 - Polis mendedahkan sisi gelap jenayah bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), dalam talian apabila individu yang pada awalnya ha...
Kuala Lumpur, 14 Jun 2026 - Polis mendedahkan sisi gelap jenayah bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), dalam talian apabila individu yang pada awalnya hanya mengakses atau meyimpan kandungan berkenaan boleh beralih kepada jenayah lebih serius, termasuk pengantunan, pemerasan dan amang seksual terhadap kanak-kanak.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, trend itu dikesan berdasarkan pengalaman siasatan D11 dan Pusat Jenayah Terhadap Kanak-Kanak Malaysia terhadap kes berkaitan CSAM.
Beliau berkata akses berulang kepada CSAM boleh mewujudkan elemen ketagihan tingkah laku, iaitu keadaan apabila individu terdorong untuk terus mencari lebih banyak kandungan dan meluangkan masa yang semakin banyak mengakses bahan berkenaan.
"Sama seperti bentuk ketagihan lain, individu yang terdedah secara berterusan kepada CSAM mungkin memerlukan kandungan yang semakin ekstrem untuk mencapai tahap kepuasan," katanya pada Bernama.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...