
Artikel
Timbalan Kpn Sembah Mengadap Sultan Mizan
Kuala Terengganu, 19 Jun 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadap Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mu...
Kuala Terengganu, 19 Jun 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadap Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Syarqiyyah dekat Chendering.
Sembah mengadap tersebut bersempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang di-Pertuan Muda Terengganu yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park bermula 16 Jun lalu.
Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md. Isa.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin













