
Artikel
Pengarah Jspt Rasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Kpn 2022
Kangar, 19 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim pagi tadi merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan...
Kangar, 19 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim pagi tadi merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 di Dewan Badminton, Majlis Sukan Negeri Perlis, di sini.
Kejohanan yang bermula dari 16 Jun lepas itu turut disertai 15 kontinjen dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Dalam majlis penutup tadi juga, Datuk Wira Mat Kasim berbesar hati menyampaikan hadiah kepada tiga pemain
. Mereka terdiri daripada Sarjan Azeemah Abdullah dan Lans Koperal Nur Sarah Irisya Zulkifli dari IPK Negeri Sembilan yang masing-masing dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik serta penjaring terbanyak. Manakala pemain dari IPK Selangor iaitu Sarjan Rozita Saad pula dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.
terbaik
Hadir sama, Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Zainol Hj. Samah, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin, Ketua Penolong Pengarah (Kompetensi) Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, SAC Dato’ Nurulhuda Mohd Salleh dan Penolong Pengarah (Pengurusan Penilaian Kompetensi) Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman merangkap Pengelola Bola Jaring PDRM, ACP Haslah Bachok.
Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia