Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Seminar Program Perlindungan Saksi Tahun 2023

Diterbitkan: 14 Jun 2023 2.26 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 14 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati merasmikan Seminar Program Perlindungan Saksi Tahun 2023 yang berlangsung di Magellan Grand Ballroom dekat The Magellan Sutera Harbour Resort, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-seminar-program-perlindungan-saksi-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:00 MYT
Kota Kinabalu, 14 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati merasmikan Seminar Program Perlindungan Saksi Tahun 2023 yang berlangsung di Magellan Grand Ballroom dekat The Magellan Sutera Harbour Resort, di sini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 11.00 pagi tadi disambut oleh Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tuan Khairul Anwar Zakaria @ Abdul Hamid bersama Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun.
Sepanjang seminar berlangsung, Bahagian Perlindungan JPM telah memberikan taklimat mengenai Pengenalan kepada Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696), Proses Siasatan dan Pelaksanaan Program Perlindungan Saksi serta Keberkesanan Program Perlindungan Saksi Dalam Proses Perbicaraan.

Berucap ketika merasmikan seminar tadi, Tan Sri Razarudin berharap program seumpama itu mampu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan badan penguatkuasa khasnya PDRM dalam melindungi saksi pendakwaan.
"Seminar ini amat penting untuk memastikan kita semua berada di landasan yang betul, agar kredibiliti kita sebagai penguatkuasa keselamatan yang bertanggungjawab melindungi saksi tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan JPM, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan dan para pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis kontinjen Sabah.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

 
ArtikelDiterbitkan 14 Jun 2023 2.26 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM