
Artikel
Posting Pilihan Kpd Dan Amanita Ipd Bachok Ziarah Kasih Adik Muhammad Syahril
Bachok, 14 Jun 2023 - Ketua Polis Daerah (KPD) Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin bersama AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menyantuni...
Bachok, 14 Jun 2023 - Ketua Polis Daerah (KPD) Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin bersama AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menyantuni pelajar cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia iaitu adik Muhammad Syahril Saidi yang kematian ibunya pada 11 Jun lalu kerana sakit angin ahmar di Kampung Telong, di sini, kelmarin.
Superintendan Mohamad Ismail juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada adik Muhammad Syahril.
Kisah adik Muhammad Syahril yang tular minggu lalu ternyata menjadi asbab kepada kejayaan beliau dek kerana pengorbanan dan tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit ketika sedang menduduki peperiksaan tempoh hari.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia turut bersimpati dan mendoakan agar arwah ibunda adik Muhammad Syahril sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.