Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Raikan Semangat Kesatuan Dalam Majlis Makan Malam Ppkp Dan Pprd 2025

Diterbitkan: 03 Nov 2025 2.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Terengganu, 1 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Satu Suara, Satu Uniti sempena Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRD) Tahun 2025 yang berlangsung di Raia Hotel and Convention Centre Terengganu, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-raikan-semangat-kesatuan-dalam-majlis-makan-malam-ppkp-dan-pprd-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:31 MYT


Kuala Terengganu, 1 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Satu Suara, Satu Uniti sempena Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRD) Tahun 2025 yang berlangsung di Raia Hotel and Convention Centre Terengganu, malam tadi.

Majlis anjuran PPKP dan PPRD itu diadakan bagi meraikan barisan kepimpinan persatuan bagi sesi 2023–2025 atas kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dalam memperjuangkan kebajikan serta hak ahli-ahli persatuan. Turut diadakan penyampaian sijil dan cenderahati sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan kepimpinan terdahulu.

Persidangan tahun ini turut menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2025–2027 yang mengekalkan beberapa tokoh daripada kepimpinan terdahulu di samping mengetengahkan muka-muka baharu, selaras dengan usaha memperkukuh kesepaduan dan prestasi kedua-dua persatuan.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad serta barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis negeri.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Timbalan Kpn Raikan Semangat Kesatuan Dalam Majlis Makan Malam Ppkp Dan Pprd 2025

Timbalan Kpn Raikan Semangat Kesatuan Dalam Majlis Makan Malam Ppkp Dan Pprd 2025

Timbalan Kpn Raikan Semangat Kesatuan Dalam Majlis Makan Malam Ppkp Dan Pprd 2025

Timbalan Kpn Raikan Semangat Kesatuan Dalam Majlis Makan Malam Ppkp Dan Pprd 2025

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2025 2.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM