
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Delegasi Japan National Police Agency
Tokyo, 1 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas delegasi Japan Natio...
Tokyo, 1 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas delegasi Japan National Police Agency bertempat di ibu pejabat agensi di Chiyoda City, di sini, kelmarin.
Kehadiran Datuk M. Kumar telah disambut oleh Director General of the Organized Crime Countermeasures Department, Mr. Takeshi Ohama, Director for International Investigation, Mr. Ryo Yasueda dan Director General for International Affairs, Ms. Ogasawara Kazumi.
Pertemuan sempena “Interpol Conference on AI in Digital Forensics” itu bagi membincangkan mengenai peluang kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua agensi dalam memperkukuh koordinasi operasi serta keselamatan antarabangsa.