Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain Tahun 2025

Published: 12 Dec 2025 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain Tahun 2025 yang berlangsung di The Bayu Ballroom, Marriot Hotel, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-meriahkan-sambutan-hari-kebangsaan-bahrain-tahun-2025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain Tahun 2025 yang berlangsung di The Bayu Ballroom, Marriot Hotel, di sini, malam tadi.

Selain Hari Kebangsaan, penganjuran sambutan oleh Kedutaan Kerajaan Bahrain di Malaysia itu juga bagi memperingati ulang tahun ke-51 hubungan diplomatik antara Bahrain dengan Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan yang mewakili KPN, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Polis Diraja Malaysia adalah menunjukkan komitmen dalam mengukuhkan hubungan bilateral dan meneroka peluang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara, khususnya dalam aspek keselamatan.

Dalam majlis itu, Tan Sri Ayob Khan turut mendengar ucapan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar, yang kemudiannya disusuli dengan ucapan oleh Duta Besar Bahrain ke Malaysia, H.E. Dr. Waleed Khalifa Al Manea.

Turut hadir, barisan ketua perwakilan negara luar.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and wedding

May be an image of lighting, wedding, dais and text

May be an image of one or more people, wedding and dais

May be an image of dais and text

ArticlePublished 12 Dec 2025 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM