
Artikel
Kpn Hadiri Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jim
Perhimpunan anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Acara dimulakan d...
Putrajaya, 11 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Disember yang berlangsung dekat Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Perhimpunan anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, diikuti amanat khas oleh MDN.
Seterusnya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama tetamu kehormat mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi menyempurnakan Peluncuran Buku Modul Pembelajaran Ujian Bahasa Melayu oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Peluncuran Buku Garis Panduan Permit Masuk JIM.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Jabatan Imigresen Malaysia dengan F&A Record Productions Studio Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyaksikan penyerahan kenderaan operasi kepada JIM yang melibatkan 60 buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, 20 lori 16 tan Isuzu dan tiga lori Hino 300 Series oleh beberapa syarikat.
Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Ketua Pengarah JIM, Dato’ Zakaria Shaaban.
Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim









