Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Spkpp Pdrm

Diterbitkan: 07 Feb 2024 1.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mesyuarat yang diadakan setiap tahun itu telah dihadiri oleh barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Pemangku Ketua Urus Setia KPN-Penyelidikan dan Pembangunan, selaku Urus Setia Jawatankuasa Mesyuarat SPKKP, SAC Azman Abd Razak itu turut diadakan secara telesidang bersama Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-mempengerusikan-mesyuarat-jawatankuasa-spkpp-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:15 MYT
Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini.

Mesyuarat yang diadakan setiap tahun itu telah dihadiri oleh barisan Pengarah Jabatan PDRM dan Pemangku Ketua Urus Setia KPN-Penyelidikan dan Pembangunan, selaku Urus Setia Jawatankuasa Mesyuarat SPKKP, SAC Azman Abd Razak itu turut diadakan secara telesidang bersama Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri.

Antara inti pati mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan warga PDRM serta usaha yang perlu dilakukan bagi memperkasakan pembudayaan tersebut.

Dato’ Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, pembudayaan keselamatan dan kesihatan merupakan satu paradigma baharu dalam Pasukan dengan memberi penekanan kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan warga PDRM. Dalam hal ini, SPKKP PDRM merupakan elemen utama untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan tersebut di setiap peringkat dalam Pasukan.

“Bagi memastikan warga PDRM sentiasa dilindungi, persekitaran tempat kerja perlulah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif. Ini sekali gus mendorong warga Pasukan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Turut diadakan tadi sesi penyerahan surat penghargaan kepada Pusat Latihan Polis DUNGUN, Terengganu atas pelaporan cemerlang oleh Audit Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu serta sijil penghargaan kepada lima orang tenaga pengajar bagi Kursus Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Kursus Coordinator Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of 1 person, studying and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAY BUKIT AMAN'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, people studying and text

May be an image of 2 people, people studying, newsroom and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, newsroom and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people, people studying and text

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2024 1.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM