Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Selamat 21 Vsp 2 0 Sudah Dinaik Taraf Mesra Pengguna Kpn

Diterbitkan: 07 Feb 2024 1.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis menyarankan orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini mengisi borang menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sudah dinaik taraf kepada VSP 2.0 bagi memastikan keselamatan harta benda mereka terjamin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-21-vsp-2-0-sudah-dinaik-taraf-mesra-pengguna-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:10 MYT
Petaling Jaya, 7 Februari 2024 - Polis menyarankan orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini mengisi borang menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sudah dinaik taraf kepada VSP 2.0 bagi memastikan keselamatan harta benda mereka terjamin.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, VSP 2.0 ini ditambah baik dengan aplikasi lebih menarik dan mesra pengguna serta mengikut trend.

Menurutnya, sehubungan itu, orang ramai yang merancang pulang ke kampung boleh mengisi borang maklumat Balik Kampung di balai polis atau aplikasi VSP.

"Pihak Polis Diraja Malaysia sentiasa memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan harta benda yang ditinggalkan berada di dalam keadaan selamat dan terjamin.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../vsp-20-sudah-dinaik-taraf...

Sumber: Harian Metro

VSP 2.0 sudah dinaik taraf, mesra pengguna | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2024 1.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM