Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Melawat Kediaman Dua Warga Pdrm Penerima Bantuan Kebajikan

Published: 18 Jul 2021 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cheras, 18 Julai 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim meluangkan masa melawat kediaman dua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima bantuan kebajikan Masjid Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-melawat-kediaman-dua-warga-pdrm-penerima-bantuan-kebajikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:16 MYT

Cheras, 18 Julai 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim meluangkan masa melawat kediaman dua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima bantuan kebajikan Masjid Bukit Aman di sini, pagi tadi.

Sempena lawatan prihatin itu, Timbalan KPN turut menyerahkan bantuan kebajikan kepada dua ibu tunggal yang masing-masing merupakan anggota PDRM menetap di Taman Desa Baiduri dan Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dekat sini.

Mereka ialah Koperal Norrul Ain Mohd Nor yang merupakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Koperal Siti Noraishah Ab Halim @ Aziz dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Turut menerima sumbangan dari Tabung Masjid Bukit Aman itu ialah anak-anak yatim kepada kedua-dua ibu tunggal terbabit yang berusia di antara 3 tahun sehingga 12 tahun.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Komander PSP, SAC Tuan Hamzah Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus Kepolisan Am), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Afandi Senin.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 6 people, people sitting and people standing

May be an image of 5 people, people standing, people sitting and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of child, standing and indoor

May be an image of 1 person, sitting, standing and indoor

May be an image of ‎one or more people, people standing, indoor and ‎text that says '‎ه LAWATAN KEBAJIKAN DAN SUMBANGAN ANAK YATI WARGA PD TIMBALAN

ArticlePublished 18 Jul 2021 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM