
Artikel
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Jangan Balik Kampung Penduduk Beri Amaran Perantau Usah Jadi Penyebar Covid 19
Petaling Jaya, 18 Julai 2021 - Penduduk di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perlis masih trauma dengan insiden peningkatan mendada...
Petaling Jaya, 18 Julai 2021 - Penduduk di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perlis masih trauma dengan insiden peningkatan mendadak kes COVID-19 sehingga mereka terpaksa 'berkurung' dan menjalani ujian calitan ekoran kedegilan perantau pulang ke kampung pada sambutan Aidilfitri lalu.
Sehubungan itu, mereka meminta polis supaya memperketatkan pemeriksaan di sempadan negeri sebelum membenarkan perantau masuk ke negeri-negeri tersebut selain menyeru para perantau supaya jangan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha Selasa ini.
Di Pasir Puteh, seorang bekas tentera, Mohd. Ariffin Ismail, 69, melarang tiga keluarga iaitu anak serta dua cucunya balik dan kekal sahaja di Selangor meskipun sudah dua tahun tidak menyambut lebaran bersama.
Katanya, dia terpaksa bertegas supaya penularan jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika ini dapat dikurangkan.
Rata-rata dalam kalangan penduduk terbabit menegaskan, para perantau khususnya di Lembah Klang perlu kekal di tempat masing-masing kerana mereka dibimbangi akan menjadi penyebar kepada virus korona jika pulang ke kampung.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.