
Artikel
Pkp Covid 19 Opbantu Setiamembantu Artikel Pilihan Op Bantu Hampir 9 784 Bakul Makanan Selesai Diagih Dalam Fasa Dua Op Bantu
Kuala Lumpur, 18 Julai 2021 - Sebanyak 98 peratus daripada 9,784 bantuan bakul makanan bagi fasa kedua Operasi Bantu (Op Bantu) Polis Diraja Malaysia (PDRM) te...
Kuala Lumpur, 18 Julai 2021 - Sebanyak 98 peratus daripada 9,784 bantuan bakul makanan bagi fasa kedua Operasi Bantu (Op Bantu) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diagihkan di seluruh negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, baki dua peratus lagi pengagihan bakul makanan itu dijangka selesai diagih dalam minggu ini melibatkan negeri Sabah serta Sarawak.
“Pengagihan dua peratus lagi bakul makanan untuk operasi itu masih berjalan termasuk di kawasan pedalaman yang menyebabkan kesukaran untuk barangan itu diagihkan,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada anak-anak yatim dalam kalangan keluarga Pasukan Simpanan Persekutuan di Cheras, di sini, hari ini.
Fasa pertama operasi itu telah pun selesai dilakukan baru-baru ini melibatkan pengagihan sebanyak 3,120 bakul makanan.
Pada masa sama, katanya PDRM turut menyalurkan bantuan kewangan kepada seramai 82 anak-anak yatim daripada 43 keluarga warga PDRM dalam usaha meringankan beban mereka dalam menghadapi tempoh sukar berdepan pandemik COVID-19 ini.
“Hasil infak jemaah dan kariah Masjid Bukit Aman sebanyak kira-kira RM30,362 berjaya dikumpul dan bantuan RM300 itu mula diagihkan bulan lepas kepada mereka yang memerlukan,” katanya.