Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Lancar Buku Berteraskan Integriti Dan Kepimpinan 20260611

Published: 11 Jun 2026 4.04 AM Updated: 15 Aug 2026 7.53 PM
Kuching, 6 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku “Strengthening Integrity, Empowering the Nation. Integrity as the Foundation of Leadership” yang berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-lancar-buku-berteraskan-integriti-dan-kepimpinan-20260611
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:45 MYT
Kuching, 6 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku “Strengthening Integrity, Empowering the Nation. Integrity as the Foundation of Leadership” yang berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, di sini.

Buku hasil nukilan Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Sarawak, Dato’ Leonard Sabu itu mengetengahkan kepentingan integriti sebagai tunjang kepimpinan berkesan, di samping membincangkan isu berkaitan jenayah rasuah, tadbir urus yang baik serta cabaran dalam membentuk kepimpinan beretika demi kemajuan dan kemakmuran negara.

Kehadiran DIG Tan Sri Ayob Khan disambut oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah serta mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Haji Mohd Yusoff Jaafar yang juga merupakan penasihat khas penerbitan buku tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa integriti merupakan asas utama dalam memastikan kelangsungan sesebuah organisasi dan institusi, selain menjadi benteng paling berkesan dalam mencegah amalan rasuah yang boleh menjejaskan kredibiliti, kepercayaan awam serta kestabilan negara.

Menurut beliau, pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip integriti bukan sahaja mampu memimpin organisasi dengan berkesan, malah berupaya memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan dan perkhidmatan awam.
“Dalam penguatkuasaan, integriti bukan sekadar menjaga imej organisasi tetapi menentukan sama ada rakyat masih mempunyai keyakinan terhadap institusi itu atau tidak,” ujar beliau.

Majlis yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Yayasan Pembangunan Buku Negara itu turut menjadi platform penting dalam memperkasakan peranan karya penulisan dan kesusasteraan sebagai medium advokasi bagi menyemai nilai integriti, kepimpinan beretika serta kesedaran masyarakat terhadap kepentingan tadbir urus yang baik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang, mantan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, Datu Dr. Chai Khin Chung, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, SAC Lim San Aik dan barisan pegawai kanan polis.

Jurugambar: D6 IPK Sarawak

May be an image of dais and text that says '7 Integrity .'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text
ArticlePublished 11 Jun 2026 4.04 AMUpdated 15 Aug 2026 7.53 PM