
Artikel
Timbalan Kpn Sampaikan Sijil Perhargaan Dalam Majlis Apresiasi Pasukan Op Morava
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyampaikan sijil penghargaan dalam Majli...
Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menyampaikan sijil penghargaan dalam Majlis Apresiasi Pasukan Op Morava yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai serta anggota yang telah menunjukkan komitmen tinggi sehingga menyumbang kepada kejayaan Op Morava, iaitu operasi yang diterajui oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Seramai 44 pegawai dan anggota telah dipilih sebagai penerima sijil penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan operasi tersebut, dengan 24 daripadanya menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Tan Sri Ayob Khan pada majlis berkenaan.
Kejayaan Op Morava turut didorong oleh kerjasama strategik antara PDRM menerusi Cawangan Khas, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), sekali gus membuktikan keberkesanan sinergi antara agensi dalam usaha membanteras jenayah berkaitan dadah.
Turut hadir ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali dan Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Kementerian Dalam Negeri, SAC Shariman Ashari.
Jurugambar: PDRM RMP TV




