Artikel
VIDEO PILIHAN: KPN BERSAMA KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM SEMARAKKAN ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PD...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir menyemarakkan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Istiadat yang diadakan merupakan acara penutup daripada lima pengisian yang berlangsung bermula 21 Mei hingga hari ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diraikan pada 1 Jun lalu.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Adzha Ahmad Zulkopli
