Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Kongsi Formula Kepimpinan Berteraskan Integriti Dalam Bicara Kesatria

Diterbitkan: 12 Jun 2026 2.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Bangi, 12 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa integriti, disiplin dan keberanian membuat keputusan merupakan asas utama dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa ketika tampil sebagai panel jemputan sempena Program Bicara Kesatria: Inspirasi Kepimpinan Dari Loreng ke Sang Saka Biru di Persada Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-kongsi-formula-kepimpinan-berteraskan-integriti-dalam-bicara-kesatria
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:36 MYT
Bangi, 12 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menekankan bahawa integriti, disiplin dan keberanian membuat keputusan merupakan asas utama dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa ketika tampil sebagai panel jemputan sempena Program Bicara Kesatria: Inspirasi Kepimpinan Dari Loreng ke Sang Saka Biru di Persada Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau mengimbau pengalaman sebagai mahasiswa dan pegawai kadet di UKM yang menjadi asas pembentukan jati diri, disiplin serta nilai kepimpinan sebelum menyertai Polis Diraja Malaysia.

Tan Sri Ayob Khan turut berkongsi pengalaman sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatan dalam pasukan keselamatan negara, termasuk berdepan operasi berisiko tinggi dan situasi yang memerlukan keputusan dibuat dalam keadaan penuh tekanan.
Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan perlu berpandukan fakta, prinsip serta kepentingan awam tanpa berkompromi terhadap integriti.

Menyentuh peranan generasi muda, beliau menyifatkan bahawa golongan tersebut mempunyai potensi besar sebagai pemimpin masa hadapan, namun perlu bijak mendepani cabaran era digital seperti penyebaran maklumat palsu, jenayah siber dan pengaruh ekstremisme.

Beliau turut menggalakkan mahasiswa menyertai badan beruniform kerana platform tersebut mampu membentuk disiplin, ketahanan diri, semangat berpasukan dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa depan.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Profesor Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Pengarah Pusat Kesatria UKM, Leftenan Kolonel Profesor Madya Mohd Jasmy Abd Rahman, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Dr. Roslan Ja'afar, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof serta pegawai kanan UKM dan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people, clarinet, oboe, violin, guitar and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2026 2.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM