
Article
Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Mkn Perak
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diundang sebagai panel jemputan dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran M...
Batu Gajah, 12 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diundang sebagai panel jemputan dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak yang berlangsung di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah malam tadi.
Forum yang bertajuk “Menelusuri Peristiwa Hijrah: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” turut menampilkan Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barokah, Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias sebagai panel dan dikendalikan oleh moderator terkenal, DA’I Ahmed Ibrahim.
Pengisian forum tadi menyentuh konteks keselamatan negara yang berdepan dengan pelbagai cabaran bersifat kompleks dan merentas sempadan. Turut dibincangkan peranan masyarakat dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara.
Turut hadir memeriahkan forum perdana yang diadakan ialah Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato' Ab Wahab Dato' Seri Azizul Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN, CP Dato' Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari dan barisan wakil jabatan serta agensi kerajaan.
Jurugambar: PDRM RMP TV
https://www.facebook.com/photo/?